Friday, February 18, 2011

hackers vs craker

Posted by aku bukan budak NERD | at 12:45 AM

salam..
bertemu lagi!
today nak ckp pasal HAcKER. emm ape yg korang faham pasal hacker??lately email n blog sy kne hack oleh si hacker yg 'comel'..eww. ape motif nak hack blog picisan sy itu? nak kate ramai follower xde la sgt..nak kate femes..lagi la x.hoho. tp masalah tu dah diatasi dgn jayanya. Maka dgn ini terhasillah blog sy yg ketiga..haha xpela janji rock. 


k back to the topic. ape itu hacker n craker???
mengikut sudut etika dan definisi sebenar hacker dan cracker adalah dua individu berbeza, walaubagaimanapun mereka boleh menjadi satu atau dikenali sebagai greyhat. Golongan ini berkeupayaan untuk mengambil alih sesuatu laman web dari pentadbirnya dan mempunyai kemampuan untuk memasuki sesuatu komputer walaupun ianya berpassword dan memiliki pelbagai ciri keselamatan, namun ia bergantung pada kebijaksanaan mereka melakukan hacking.


Hacker
merupakan golongan profesional komputer atau IT, mereka boleh terdiri daripada jurutera komputer, pengaturcara dan sebagainya yang memiliki pengetahuan tinggi dalam sesuatu sistem komputer. Hacker mempunyai minat serta pengetahuan yang mendalam dalam dunia IT sehingga berkeupayaan untuk mengenalpasti kelemahan sesutu sistem dengan melakukan uji cuba terhadap sesuatu sistem itu. Namun, para hacker tidak akan melakukan sebarang kerosakkan terhadap sesuatu sistem itu dan ia adalah merupakan etika seorang hacker. Hacker biasanya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan melakukan pelbagai perkara untuk lebih memahami dunia komputer dan mereka sentiasa ingin tahu dalam apa jua perkara berkaitan dengan dunia komputer serta sentiasa belajar dari kesilapan. Mereka juga dikenali sebagai golongan white hat.


Golongan black hat yang menyimpang terlalu jauh. Golongan ini tidak mempedulikan akibat perbuatan mereka serta kesan keatas orang lain. Golongan ini melakukan aktiviti haram demi keseronakan serta kepentingan mereka semata-mata. Golongan ini dengan sengaja menceroboh untuk melakukan perbuatan sabotaj, pengkhianatan dan sebagainya. Golongan inilah yang sebenarnya melakukan perbuatan keji dalam dunia IT sama ada melakukan pencerobohan, spyware dan sebagainya tetapi golongan hacker pula yang dipersalahkan.


Golongan ini juga adalah dari kaum cracker tetapi golongan ini tidaklah memiliki pengetahuan yang mendalam dalam IT seperti bidang pengaturcaraan serta bagaimana komputer itu bekerja melainkan pegetahuan untuk melakukan hacking. Aktiviti hacking mereka memerlukan bantuan perisian atau tool yang telah dicipta oleh para hacker yang pada asalnya untuk tujuan kebaikkan tetapi telah disalah guna tetapi ada juga perisian yang dicipta khas untuk melakukan aktiviti hacking.


Gabungan daripada hacker dan cracker. Golongan ini seperti hacker yang sangat berminat untuk menguasai ilmu komputer. Golongan ini suka bertanya dan belajar serta tidak putus asa dalam mempelajari ilmu komputer. Golongan ini sering melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakkan tetapi mereka akan membiarkan pentadbir sesuatu sistem atau laman web mengetahui aktiviti yang mereka lakukan, mereka mudah membahagi-bahagikan ilmu mereka kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mempelajari hacking.



k dah jelas? so camne nak atasi si hacker comel  ni?
klick pd link ini dan link ini.


Pengalaman lepas..cara utk sy nak elakkan hacker ni sy slalu tkr password n pastikan password gne aksara yg pelbagai. rajin2 la check email n blog anda. Utk lg selamat jgn gne password yg sma utk blog or email etc sbb ia  memudahkan lg hacker nak hack. 


ok la thats all 4 today.
trima kasih krn sudi membaca.! anda mmg cun hee~


till then. adioSz!
salam =)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
~ diriku warnaku hidupku - Designed by Mzzmiraa - Layout by My Blog Make Over - Author mizzmira :) ~