Monday, February 28, 2011

Future husband

Posted by aku bukan budak NERD | at 7:56 PM 0

Assalamualaikum....
Agak lame mnyepi..ehe.bkn ape aku bz sket ngan urusan2 yg lg penting (mls nak post entri) emm ok la entri kali ni nak bincangkan soal 'future husband' ok semua org inginkan perkahwinankan? kalau xnak pun jrg sgt n hakikatnya mmg semua org mengimpikannya cuma takdir n jodoh sahaja yg menghalangnya drp berlaku. Dan semua org juga mengimpikan suami n isteri idaman mereka kan?? Sama gak cam aku. Setiap daripada kita pasti menginginkan yg terbaik drp pasangan kita. So kalau nak dapat yang terbaik kne la jd yg terbaik dlu. "lelaki yg baik utk ppuan yg baik"



impianku buat bakal suamiku kelak

      Jujur dan Setia 
- suamiku mstilah jujur dalam sebarang tindakan yg dilakukan kerana bagiku pasangan yang saling setia dan mencintai lebih kekal. Ketahuilah suamiku bhw Cinta adalah dasar dalam ikatan hubungan suami isteri. 


 Penampilan menarik 
- Menarik tidak harus selalu cantik dan seksi (wanita) dan kacak (lelaki), memadai penampilan yang sedap mata memandang =)


Taat pada agama 

-Bagiku inilah antara ciri penting sebagai pembimbing untuk masa depan keluarga dan anak. kuimpikan pasanganku kelak adalah seorg pasangan yang soleh (lelaki ) 


Pandai atau pintar 

- Ia penting sebagai peneraju dalam mengurus rumah tangga dalam pelbagai aspek terutama mendidik anak dan kedudukan kewangan. Tak perlu ijazah yg menggunung ckuplah ilmu didada diamalkan dengan sebaiknya. 



Tidak materialistik 
- Pilih pasangan yang mempunyai sifat kesederhanaan dan bukan pengikis. Tidak bergantung kpd pasangannya sahaja.


Tidak emosional 
- Murah senyum, lemah lembut, tidak suka marah dan tidak mudah tertekan ketika berhadapan dengan apa juga masalah, sama ada urusan rumah tangga atau kerja. 
  

Sihat termasuk aspek jasmani dan rohani 


Persetujuan ibu bapa dan keluarga 
- Restu daripada ibu bapa penting untuk keberkatan rumah tangga.
family sy sporting..jgn risau ye..hihi =) 





wahai bakal suamiku..
ku tidak impikan kesempurnaan
cukuplah sekadar kesederhanaan
kerna ku cari hanyalah
kebahagian yg hakiki
bukan yg mudah sirna di hati..

wahai jodohku
ku menunggu kehadiranmu
ku tahu kau akan hadir menemaniku
membahagiakanku
 menyayangiku
menerima seadanya diriku

ku damabakan cintamu yg tulus dan suci
hanya itu yg ku mahu darimu
wahai bakal suamiku





Tuesday, February 22, 2011

matrix's gurl ~

Posted by aku bukan budak NERD | at 8:09 AM 0

Assalamualaikum.
alhamdulillah kita bertemu lg! yeah! agak lame la kot x post entri br kat blog nih. Agak busy sket minggu nih..huu~ Emm tetiba rse cm nak post entri pasal kenangan mase kat zaman matrik plak.heee~ Emm actually sebelum masuk IPG (Ins. Pendidikan Guru) ni ak smpat stdy kat matrik jap..Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) ambilan sesi 2007/2008 utk program satu tahun (PST). Masuk kat situ bulan Mei..emm xikt plak tarikhnya dan sempat blajar 2 bulan je sebab dpt twran masuk IPG @ Maktab plak lps tu..


Banyak kenangan yg penah aku lalui sepanjang dua bulan aku balajr kat sne. Ala..2 bulan je pon...huhu tp 2 bulan tu la yg ajar aku macam2 tau..pengalaman n kenangan byk terpahat dlm tempoh dua bulan tuh. k 1stly nape aku pilih nak masuk KMPk? sbbnya kalo blh aku nak blajar jauh sket dr ngri aku..hoho padahal dekat je..dr tmpt tinggal aku ke KMPK tu ambik mase dlm 2jam lebih je nak smpai..hehe (aku bkn org perak yerr) Tempat g sgt menarik...dekat kelapa sawit..kawasan yg berbukit. nak usha??jom klik sini.


Kat situ aku blajar cara nak hidup berdikari..jauh daripada family, ma abah n kawan-kawan. Mula2 tu mmg janggal la..ye ar..tempat baru la katekan. Kat sne aku duk kat hostel blok P1 tingkat 4 no bilik xsilap 13..huhu duk sebilik ngan 3 org gadis yg comel2, Anisah (Nisa), Badariah (Bada) n Hayati (yati). Siyes dorg semua mmg best. Kejap je kitarang berkenalan dh leh masuk geng..haha 



pic kat atas tu aku amik sebelum aku kuar matrik..time tu ngah sibuk angkut barang n dorang lak ngah siap2 nak g kuliah n tutorial. huhu cian dorg terlambat g kelas sbb nak tlg angkut barang..korang mmg terbaikla.

k sambung balik..
Aktiviti harian aku kat sangat mmg padat. Kelas dr pagi sampai petang..tutorial n kuliah..seiyes padat tp best. Petang lak ade aktiviti ko-ku. Kat sne aku masuk kelab kebudayaan..Mula2 nak join kelab kembara tp ramai la plak. Dlm kelab kebudayaan tu aku join lak team kompang..haha saje je sbb tu je yg senang xtak aku nak masuk tarian kot...nge~ tp mmg best la. membe2 pun sporting n mcm2 aktiviti kitorang wat. Kiranya aku jrg miss la kalo ko-ku hehe. Selain tu aku join gak kelab pembimbing Rakan Sebaya (PRS) best, Nak masuk tu bukan main susah..ade saringan beb...huhu seb bek la lepas. tp xsempat nak join aktiviti yg dorg buat sbb aku da  kua dlu..En Nizam anda terbaik huuu~ selain join kelab aku ade la gak join aktiviti lain yg kolej anjurkan. Mmg best. dpt ramai kwn.


emm k la nak stop kat cni dlu..cerita akan bersambung lg..nak cite pasal dak2 klas tutorial plak nnt..
adios!
wassalam =)

Monday, February 21, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Posted by aku bukan budak NERD | at 2:23 AM 0

Assalamualaikum
tajuk yg cam best nak dimasukkan dlm nih..ngee~  td usha fesbuk n ade la membe tag pasal mende ni. So igt cam menarik je nak share ngan korang semua.


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Friday, February 18, 2011

fakta vs auta

Posted by aku bukan budak NERD | at 6:50 AM 0

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku...

hackers vs craker

Posted by aku bukan budak NERD | at 12:45 AM 0

salam..
bertemu lagi!
today nak ckp pasal HAcKER. emm ape yg korang faham pasal hacker??lately email n blog sy kne hack oleh si hacker yg 'comel'..eww. ape motif nak hack blog picisan sy itu? nak kate ramai follower xde la sgt..nak kate femes..lagi la x.hoho. tp masalah tu dah diatasi dgn jayanya. Maka dgn ini terhasillah blog sy yg ketiga..haha xpela janji rock. 


k back to the topic. ape itu hacker n craker???
mengikut sudut etika dan definisi sebenar hacker dan cracker adalah dua individu berbeza, walaubagaimanapun mereka boleh menjadi satu atau dikenali sebagai greyhat. Golongan ini berkeupayaan untuk mengambil alih sesuatu laman web dari pentadbirnya dan mempunyai kemampuan untuk memasuki sesuatu komputer walaupun ianya berpassword dan memiliki pelbagai ciri keselamatan, namun ia bergantung pada kebijaksanaan mereka melakukan hacking.


Hacker
merupakan golongan profesional komputer atau IT, mereka boleh terdiri daripada jurutera komputer, pengaturcara dan sebagainya yang memiliki pengetahuan tinggi dalam sesuatu sistem komputer. Hacker mempunyai minat serta pengetahuan yang mendalam dalam dunia IT sehingga berkeupayaan untuk mengenalpasti kelemahan sesutu sistem dengan melakukan uji cuba terhadap sesuatu sistem itu. Namun, para hacker tidak akan melakukan sebarang kerosakkan terhadap sesuatu sistem itu dan ia adalah merupakan etika seorang hacker. Hacker biasanya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan melakukan pelbagai perkara untuk lebih memahami dunia komputer dan mereka sentiasa ingin tahu dalam apa jua perkara berkaitan dengan dunia komputer serta sentiasa belajar dari kesilapan. Mereka juga dikenali sebagai golongan white hat.


Golongan black hat yang menyimpang terlalu jauh. Golongan ini tidak mempedulikan akibat perbuatan mereka serta kesan keatas orang lain. Golongan ini melakukan aktiviti haram demi keseronakan serta kepentingan mereka semata-mata. Golongan ini dengan sengaja menceroboh untuk melakukan perbuatan sabotaj, pengkhianatan dan sebagainya. Golongan inilah yang sebenarnya melakukan perbuatan keji dalam dunia IT sama ada melakukan pencerobohan, spyware dan sebagainya tetapi golongan hacker pula yang dipersalahkan.


Golongan ini juga adalah dari kaum cracker tetapi golongan ini tidaklah memiliki pengetahuan yang mendalam dalam IT seperti bidang pengaturcaraan serta bagaimana komputer itu bekerja melainkan pegetahuan untuk melakukan hacking. Aktiviti hacking mereka memerlukan bantuan perisian atau tool yang telah dicipta oleh para hacker yang pada asalnya untuk tujuan kebaikkan tetapi telah disalah guna tetapi ada juga perisian yang dicipta khas untuk melakukan aktiviti hacking.


Gabungan daripada hacker dan cracker. Golongan ini seperti hacker yang sangat berminat untuk menguasai ilmu komputer. Golongan ini suka bertanya dan belajar serta tidak putus asa dalam mempelajari ilmu komputer. Golongan ini sering melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakkan tetapi mereka akan membiarkan pentadbir sesuatu sistem atau laman web mengetahui aktiviti yang mereka lakukan, mereka mudah membahagi-bahagikan ilmu mereka kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mempelajari hacking.



k dah jelas? so camne nak atasi si hacker comel  ni?
klick pd link ini dan link ini.


Pengalaman lepas..cara utk sy nak elakkan hacker ni sy slalu tkr password n pastikan password gne aksara yg pelbagai. rajin2 la check email n blog anda. Utk lg selamat jgn gne password yg sma utk blog or email etc sbb ia  memudahkan lg hacker nak hack. 


ok la thats all 4 today.
trima kasih krn sudi membaca.! anda mmg cun hee~


till then. adioSz!
salam =)

Thursday, February 17, 2011

warna dan personaliti =)

Posted by aku bukan budak NERD | at 4:55 AM 0


WARNA menyimpan seribu makna yang secara tidak langsung menterjemahkan perasaan atau keinginan seseorang.

Mengenali warna dan sifatnya :

Emas
- Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.
- Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih
- Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
- Negatif: Boros berbelanja

Kuning
- Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.
- Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan
mudah menyerah.

Merah
- Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
- Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau
- Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan
kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.
- Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

Merah jambu
- Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
- Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Coklat
- Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
- Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.

Perak
- Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.
- Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

Ungu
- Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah. Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.
- Negatif: Sombong dan sedikit emosi.

Hitam
- Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
- Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

Kelabu
- Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah  berkorban.
- Negatif: Cengeng dan agak pemalas

Jingga
- Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.
- Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

Biru
- Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan
kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.
- Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.
Pilihlah warna ceria yang memberikan ketenangan seperti biru kerana ia bukan saja mampu menenangkan, tetapi turut meningkatkan kreativiti diri. Apa yang penting, warna perlu digunakan dengan tepat kerana warna boleh memberi semangat serta kesenangan dalam setiap aspek kehidupan. Ia boleh bermula dari rumah hinggalah cara berhias dan pemilihan pakaian.

Monday, February 14, 2011

comel =)

Posted by aku bukan budak NERD | at 10:35 PM 0

video

suburkan kecintaanmu kepada Kekasih Junjungan Mulia

Posted by aku bukan budak NERD | at 8:28 PM 0

Assalamualaikum..
Selawat dan Salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W..
smlm ak sempat hadiri sambutan maulud Nabi yg di ajnjurkan oleh masjid Muttaqin..Masjid yg berdekatan dengan taman perumahanku. Smbutannya sgt2 menggalakkan....penuh dengan jemaah muslimin dan muslmat. After solat maghrib..ada pelajar-pelajar tahfiz buat persembahan nasyid..selawat dan salam..aduhhh..merdunya..syahdunya..puji-pujian kpd Baginda..kekasih yang tercinta..lps selesai..ada ceramah/tazkirah dr ustaz..(xdisebut plak nama sheikh tu..ke aku yg lupa) sheikh tu berceramah dlm bhs arab..tp ade la gak translater yer..sgt2 menarik..berkisar kepada Kecintaan kepada Baginda Rasulullah S.A.W..lpstu solat isyak..ade di adakan majlis perarakan dan berselawat. Tp ak xdpt nak join...membe plak ade hal...huh kecewa yg teramat..bkn ape dh lame sgt x join acara cmtu...nak raikan Kekasih Junjungan Mulia..tp xpe la..xde rezeki.

sbnrnya byk persoalan yg menerjah dlm benak minda aku ..
terasa kerdil jahil dan hina diri ini
layak ke aku gelarkan Dia Kekasihku?
sedangkan aku insan yg Hina..
sedangkan aku insan Lemah.
leka..dan alpa dengan Duniawi..
layakkah aku??
jika nak dibandingkan kasihnya para sahabat kpd Baginda?
jika nak dibandingkang kasihnya pohon kurma kpd Baginda??

Dalam ucapan sheikh smlm..ade 1 kisah yg benar2 menarik perhatianku..Kisah pohon kurma.

"Diriwayatkan dalam Shahih Al Bukhari, ketika menjeritnya batang pohon kurma yang ketika Rasulullah SAW berpindah dari bersandar padanya, pohon itu menjerit dan menangis sehingga terdengar oleh semua para Sahabat, bagaimana batang pohon kurma itu menjerit dan menangis, maka Rasul SAW turun dan memeluk batang pohon kurma itu, maka tangisnya bagaikan tangis bayi yang ditenangkan ibunya, dan perlahan-lahan mulai diam (Shahih Bukhari). Disampaikan oleh Guru Mulia kita Al Al Mufassir Al Musnid Al ‘Allamah Al Habib Umar bin Hafidz alaihi ridhwanullah (semoga baginya keridhoan Allah swt) di dalam kitabnya, Beliau menjelaskan bahwa ; bayangkan sebatang pohon kurma ini yang tidak mau menjauh dari Rasul SAW, padahal cuma berdekatan beberapa hasta saja Rasulullah pindah, tapi dia tidak mau jauh dari Nabi Muhammad SAW, dan perhatikan cinta Rasul SAW kepada yang mencintainya dan merinduinya walau hanya batang pohon kurma, maka datanglah Rasul SAW dan memeluk batang pohon kurma itu seraya menangis tersendat-sendat dan akhirnya terdiam tangisnya. Demikian indahnya budi pekerti Nabi Muhammad SAW itu terhadap batang pohon kurma, lebih pada ummatnya yang merindukan Rasulullah SAW. Semoga Allah SWT memuliakan kita dengan rahasia keluhuran, rahasia kebahagiaan. Ya Rahman Ya Rahim.."

Ya Allah..
di manakah aku ini?
rs tak terbanding dgn kasihnya pohon kurma itu kepada Kekasihnya..
tp Aku rindu padamu Ya Rasululluh..


Pemergianmu

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com



(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu




Wednesday, February 9, 2011

oh! guitar & fatwa mengenainya

Posted by aku bukan budak NERD | at 3:19 AM 0

Assalamualaikum..
serius! teringin sgt2 nak petik guitar
dlu aku penah bljar petik guitar nih ngan cimi (adk) aku.. sempat blajar beberapa hari dan sempat tahu beberapa steps je..uwaaa...lagu yg adik aku ajar dlu kalo xsilap lagu 'auntum in my heart' sila search kat mr google or pakcik utube..main lagu tu pun tak habis hahah. tp ok la rs puas sbb tahu sikit2 main guitar!haha poyo giler ayat..
ish! mst korg ckp org cm aku nih  reti ke main guitar?blh ke main guitar?tak haram ke main guitar??
ok ni fatwa yg sempat aku search kat forumcari :

Alat muzik bertali (gitar dsb) dan yang ditiup(seruling dsb) apakah dilarang? Betulkah begitu...? Jika ya, apa dalilnya? 

Menurut pendapat (penganalisa dalil dan madzhab) al-Qardhawi, nas-nas hadis yang mengharamkan alat musik tertentu spt seruling atau bertali itu adalah tidak benar atau ada kecacatannya. Ini juga berdasarkan pendapat al-Ghazali dalam kitab asSima' min Ihya' Ulumiddin. Alat musik adalah semata-mata alat, misalnya gelas adalah alat jika digunakan untuk meminum khamar atau susu. Mobil adalah alat yang digunakan untuk merompak atau bepergian sehari hari. Maka begitulah alat-alat musik boleh digunakan untuk kejahatan atau kebaikan.

Antara hadis-hadis yg ada kecacatan ialah:
#1: HR Bukhari dari Abu Malik ra," Akan ada segolongan dari umatku yang akan menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik."
status Hadis: walaupun ia sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus). Ahli hadits yang berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, alHafeedz azZahabi dan alHafeedz Ibn Hajar Asqalani.
Kalimah mu'adzif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai yang dimaksud alat musik.
#2: HR Imam Hadits muttafaqun 'alaih,"setiap permainan yg dilakukan oleh seorang muslim itu adalah kebatilan kecuali sendagurai suami-isteri, berkuda dan memanah."
alHafeedz alIraqi: statusnya Mudhtarib juga
#3: Dari Aisyah ra,"Sesungguhnya Allah mengharamkan biduanita (hamba perempuan), menjual-belinya, menghargai dan mengajarinya."
Ibn Hazm (alMuhalla) hadis dha'eef
#4: HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah
dari Nafi' bahawa Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Nabi saw menutup telinganya jika terdengar tiupan seruling pengembara (gembala).

Fatwa MUI pernah mengharamkan permainanan alat musik bertali. Tetapi fatwa itu telah ditarik-balik. Fatwa terkini dari Fatwa MUI adalah harus dan haram sekiranya dicampuri dengan maksiat atau melalaikan kita daripada beribadah kepada Allah dan menunaikan kewajiban-Nya.

Bagaimana pula hukumnya dengan alat-alat musik lain yang bunyinya lebih kurang sama dengan kedua jenis alat musik tersebut seperti keyboard  sebagaimana kita ketahui dapat mengeluarkan bunyi yang berbagai jenis termasukkah kedua alat muzik tersebut?  

Dr alImam Prof Yusof alQardhawi berpendapat hadis-hadis yg berkaitan haramnya alat musik tertentu semuanya tidak terlepas dari kecacatan. Ini kerana musik telah dibahaskan di zaman sahabat dan tabi'in. Maka hukum alat musik (baik dari alat atau penghasilan komputer) itu HARUS dan keharusannya bergantung kepada penggunaannya. Kecuali bila alat musik itu menjadi lambang kefasikan dan dinisbatkan kepad agama tertentu menurut pandangan uruf (budaya setempat).

ok.dah jelas kan??
ok. kalo ade peluang nak sgt smbg balik pelajaran yg tergendala dlu..hoho..
tp peluang tu cam tipis je sbb ma aku tak bg adik bwk balik guitar dia kat umah..adooooii..emm xpe2..akan diusahakan kemudian..hehe
ms blajar ngan adik dlu byk kpd amali..tak reti la nak bc code2 tu segala..kalo dah cam xtau sgt main hentam je..haha bunyi lain semacam je la kann...emm agaknya sbb tu kot ma xbg..hihihi..



guitar bgku..

  • tenang..rs mcm best je..
  • unik
  • minat
  • release tension.
  • seni
  • soul
  • ade style..woot!
suka mendengar music2 akustik..terutamanya guitar.
ade sape2 nak tlg mainkan guitar utk sy???xpon nak ajarkan scr free?? sila angkat hidung nge~

k dah.
benti dlu..nak maghrib dah
jmpa d entri yg akn dtg
wassalam
=)

sombong?

Posted by aku bukan budak NERD | at 12:19 AM 0


Assalamualaikum..al-kisah bermula..
.
.
.
.
lokasi : shopping mall.
tarikh: ms skolah dlu..mane la ak igt tarikhnya..nge~

"assalamualaikum awk..leh knlan?"
aku : wat bodoh je..jalan terus tanpa menoleh...jeling pon x..haha
"peghhh....sombong gile minah nih"

uit..sedap hati je pggl aku 'minah' abh aku bg name punye la lazat sdp pggl aku minah??adeh...

sombong??
mmg ptt pon dia ckp aku sombong.
dengan kaum adam..yes..i'm admit..aku sombong.
tapi sombongku bertempat..kalu takat nak ngorat2 or mengayat menggunakan modal sekupang anda tu..emm baik lupakan.sy nih mmg sombong dgn mereka. sbb sy 'mawar berduri'.

anda xknl sy??mst anda ckp sy sombong. kannn3?
hihi..xpe2..mmg slalu aku dgr org anggap cmtu kat aku. Tak knl maka tak cinta. bila dah kenal silap2 jatuh cinta nnt..cheewahh..haha..
biasela..org pemalu cam aku nih mmg ssh sket nak mesra ngan org yg br kenal. Take five  time jugak la..tapi kejap je..sbb aku perlu kenal hati budi dia dlu. kalo yg jenis hefening tuh mmg rancak la nnt. Pnh dlu aku tnya ada dgn sorg kenalan aku ni..'awk tgk dlu sy nih cmne?' jwpn yg dia bg ringkas je..."arrogant". aku senyum je..sambung aku lg "so skrg awk tgk sy camne?" jpwn dia ringkas gak "gila2" opss..sy bukan gila..sy msh waras ye..hihi..mksdnya sy nih happy go lucky.. see..sy x sombong kan???hehehe..

sumber : flikr


Lg 1..antara sbb org ckp aku sombong nih sbb ak ssh nak senyum...hoho..muka serius je...haha..rmai gak membe2 yg tegur aku..muka serius je..adeh..mmg azali la..i'll try to senyum sokmo ok?? =)
sy xsombong la..ce awk senyum dlu...comfirm sy akan senyum kat awk balik... =)


nnt nak kne slalu senyum lah camnih..sebab..senyum tu kan sedekah =)wassalam =)



Tuesday, February 8, 2011

siapaKU

Posted by aku bukan budak NERD | at 11:33 PM 0

Assalamualaikum..
Alhamdulillah...kita bertemu lg =)
dah lame agaknya mendiamkan diri..sbb?kurang rajin nak update blog..
muncul lagi???sbb ade semangat baru nak post entri br kat diari blog ni..yeah!!
nak terus kekal??yup!!mahu terus kekal.xmahu hanya separuh perjalanan..
k dah. cukuplah bermonolog dgn blog..hihi
ini diariku..aku aku akan tulis apa yang aku mahu. 


Blog ini ditulis dalam keadaan yan santai..setiap apa yg diungkapkan hanyalah datang daripada hati kecil sorang insan kerdil bernama Amirah Azmi.
siapa Amirah Azmi???
kalau korong nih pembaca setia blog lakaran sahrawi korg pasti akan kenal sy. Blog tu xlah seglamor blog arifshah dan xlah sepopular blog justkhai..dan xjuga sehangat blog isu hangat..haha..tu semua blog yg slalu sy bc.


ok2..sape sy?




  • Wan Nor Amirah Wan Azmi (Amirah Azmi) 
  • ank ke-6 dr 10
  • kelantan (Pasir Mas + Tanah Merah + Tumpat...Gua Musang) + Melaka (Jasin)
  • Islam (Melayu+siam+cina).
  • sederhana+simple
  • kekasih blogger separuh masa - since form 4 (2005) 
  • student (IPG Kampus Darulaman)
  • bakal pendidik.
  • pemalu + happy go lucky
  • berdikari.
k dah..cukup sekadar itu. nak tau lg..follow la blog nih..
emm jumpa lg dlm entri yg akan datang.
wassalam =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
~ diriku warnaku hidupku - Designed by Mzzmiraa - Layout by My Blog Make Over - Author mizzmira :) ~